Tuesday, November 18, 2008

Iklan Sebentar....


undian lama yang bertajuk :





Pejuang Tanah Air Yang Anda Kagumi....




keputusanya adalah...



Tok Janggut (Haji Hassan bin Panglima Mat Munas)




telah mendapat undian sebanyak 63%!!
TAHNIAH!!




"pejuang yang tiada ganti"




Bernafas.


Dah lama rasanya saya tak menaip-naip keyboard ni. mesti kawan-kawan tertanya-tanya kemana saya menghilang, kenapa sudah lama saya tak membloging? tak perlulah saya jelaskan disini kenapa sebabnya. Yang penting, saya akan kembali....

Friday, June 6, 2008

Bermakna






baru aku tau erti kegagalan.......







"aku tau.."

Thursday, May 29, 2008

Iklan Sebentar....


undian yang bertajuk :

Pemimpin yang paling anda kagumi..


keputusanya adalah...


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


telah mendapat undian sebanyak 34%!!
TAHNIAH!!


mendapat saingan hebat dari...


Anwar bin Ibrahim


telah mendapat undian sebanyak 31%!! hanya dibezakan dengan 1 undian sahaja..
TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN!!






"Tabik!!"







Tuesday, May 27, 2008

Layan.....


Umur yang aku ingin kembali dan kenapa???



nak tau ke??

jawapanya semasa aku berumur 16 tahun.

waktu tu aku masih muda dan amat terkenal di sekolah terutamanya dikalangan pelajar-pelajar perempuan..

hahahaha....

kira '
HOT' jugak la aku time tu..




"sudah ku jawap ad3ck"










Aku jawap


7 sebab kenapa korang taknak aku jadi Kekasih korang...


hahahahaha... kelakarkan??

untuk kali ke-2 aku kene jawap TAG Versi Jiwang!

Amaran untuk korang, jangan baca entri ini kalau korang taknak jawap, kalau tak, secara autonya anda kena menjawapnya juga....


takpe, aku jawap......


1. tak hensem

merujuk kepada pekara di atas aku mengaku yang aku ni tak hensem, huduh, kulit hitm, dan semua yang huduh lagi la.. tapi aku bahagia...

2. panas baran

pekara diatas juga memainkan peranan dalam menjawap soalan di atas,aku antara manusia yang panas baran dan cepat melenting. Tapi takda la sampai angkat tangan.

3. pelupa

pekara diatas sememangnya sering mengecilkan hati para wanita. aku sememanganya mudah lupa, terutamanya pekara-pekara yang berkaitan dengan nombor. sebagai contoh, Tarikh hari jadi, no.tel, tarikh first time coupel, dan yang sewaktu dengannya.

4. pendiam @ pemalu

pekara di atas tidak dapat dipastikan kepastiannya. tertapi, apa yang aku rasa aku memang yang pendiam @ Pemalu. Ini akan membuatkan perempuan-perempuan bosan dengan aku. takpe, asal aku bahagia.

5. cerewet

terlalu cerewet terutamanya soal masakan dan makanan. aku cuma makan makanan yang aku rasa sedap saja. prinsip aku, "biar lapar, janji puas hati". sebab 2 aku suka masak sendiri.

6. Ego

aku memang seorang yang ego. susah nak mengaku salah. bagi aku aku seorang yang selalu betul.

7. tak cukup tinggi.

pekara di atas pekara yang paling aku benci sekali nak tulis. ketinggian aku tak setaraf lelaki seumur dengan ku.






"puas hati cik kiah oi!!"






Sunday, May 25, 2008

Semakin, Makin, Selama-lamanya


Dunia semakin tua,
semakin tua dunia,
makin lama dunia semakin tua,
selama-lamanya dunia akan tua tanpa muda-muda,
dan dunia akan terus tua, lebih tua dari manusia.

Manusia pula leka,
semakin manusia leka,
makin lama manusia semakin leka,
selama-lamanya manusia akan leka tanpa sedar-sedar,
dan manusia akan terus leka, lebih leka dihanyut nafsu serakah.

Nafsu menjadi berdaulat,
semakin nafsu berdaulat,
makin lama nafsu semakin berdaulat,
selama-lamanya nafsu akan berdaulat tanpa segan-segan,
dan nafsu akan terus berdaulat, lebih berdaulat dari Melayu.

Melayu mudah lupa,
semakin Melayu lupa,
makin lama Melayu semakin lupa,
selama-lamanya Melayu akan lupa tanpa ingat-ingat,
dan Melayu akan terus lupa, dan itulah Melayu kita.

Kita pula hanya berdiam saja,
semakin kita berdiam saja,
makin lama kita semakin berdiam saja,
selama-lamanya kita akan berdiam saja tanpa suara-suara,
dan kita akan terus berdiam saja, lebih diam dari batu jalanan yang entah mana asalnya.

Inikah yang kita mahukan?
Dunia,Manusia,Nafsu serta Melayu yang entah dah kemana,
tiada makna, yang tinggal hanya semata-mata nama.








"aku selalu cuba menjadi yang terbaik, lebih baik dari yang terbaik"








Monday, May 19, 2008

Bapa ke Bapak??


Aku penah borak dgn kawan aku. Name die En.M. Kiteorg bincang pasal Pedana Menteri Malaysia dari yang pertama sampai sekarang. Semua ada kelebihan masing-masing sampai la satu sesi soal jawap ni..



Mulanya bergini...



Aku : Aku nak tanya ko satu soalan, Tunku Abdul Rahman terkenal sebagai bapa apa??

En.M : Ala, soalan kacang mcm ni ko tanya aku. Takda ke soalan susah? jawapanya Bapa Kemerdekaan. (Dengan Riaknya)

Aku : Fuyoo!! tere la ko. Tun Abdul Razak pulak??

En.M : Bapa Pembangunan.

Aku : Tun Hussein Onn??

En.M : Bapa Perpaduan.

Aku : Tun Dr. Mahathir??

En.M : Bapa Pemodenan.

Aku : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi??

En.M : (Dengan selamber!) Bapa Mertua KHAIRY JAMALUDDIN!






"Ceh!! Ada ke patut bagi jawapan mcm tu."






Kembali Dari Rehat Yang Indah..



Aku tahu, korang semua rindukan aku kan!

hahahahahaha...

tak payah la korang nak tipu, aku tau.


mengaku je la..

hahahahahaha...



"Aku tau la!!" ;p

Saturday, May 10, 2008

Rehat?!!

Cuti bermula... kawan2 aku pun ramai telah pulang ke desa...




Perlukah aku berehat juga??

rehat dari segala-galanya??




"ZZzzZZzzZZ.."



Thursday, May 8, 2008

Iklan sebentar....

undian yang bertajuk :

Novel Yang Paling Anda Minati...

jatuh kepada...



Lagenda Budak Setan - karya Ahadiat Akashah



telah mendapat undian sebanyak 44%!!
TAHNIAH!!



"Sekarang baru aku tau kenapa Karya SN tak lagi digunakan dalam teks KOMSAS" :)




pantun nasihat


Sunguh indah bunga cempaka,
dibawa bersama berjalan ke pura,
tak usah berbangga dan terus mendada,
kerana dunia hanya sementara.


Bunga seroja kembang mewangi,
jatuh ke bumi dipijak-pijak,
apa guna berhidung tinggi,
jika diri sering dipajak.


Malang sungguh si nasib labi,
mimpi indah terputus sudah,
jangan selalu membangga diri,
takut diri menempah padah.


Buah pinang hancur dikunyah,
dimakan bersama si daun sirih,
tak rugi jika mengaku salah,
kerana semuanya ada hikmah.


Puteri rupawan puteri diraja,
putera tertawan cuba memikat,
bermesyuarat itu pekara mulia,
mudah mencari kata sepakat.


Keliling kota belari gumbira,
berkejar-kejaran sehingga senja,
jangan sekali kita derhaka,
kepada ibubapa yang besarkan kita.







"Aku juga tidak sempurna" ;p







Monday, May 5, 2008

10 Kata-Kata AzizulHafiz


“Kehidupan umpama permainan wayang kulit yang dimainkan oleh tok dalang”
Ini adalah ungkapan kehidupan tepat yang aku rasakan. Tiada skrip tetap, yang ada hanya peraturan-peraturan dan karekter-karekter yang ditetapkan bagi menghidupkan cerita itu....

“Jika kita diberi peluang ke masa silam, pasti kita akan memilih ke masa hadapan”
Aku selalu memikirkanya, kenapa kita perlu memandang ke belakang? Sedangkan masa hadapan lebih penting dan tak semua orang suka mengungkap kisah silam...

“Dalam mencari kepastian, perlu ada kesabaran”
Renung-renungkan lah...

“Cinta tidak akan bermakna jika hanya ada chenta”
Cinta tidak bermakna....

“Cinta sejati hanya kekal jika disulami kejujuran dan ketakwaan”
Itu lah cinta sebenar....

“Lebih baik menjadi bodoh dari menjadi pandai, kerana orang yang bodoh itu akan lebih berusaha mencari ilmu dari orang yang pandai”
Tiada orang yang pandai dalam dunia ni...

“kekuatan sebenar bukan terletak pada kebesaran, kekayaan, tenaga atau kumpulannya, ianya terletak pada akal fikirannya”
Bayangkan Jepun yang kecil boleh menaluki negara-negara besar.

“Surat khabar lama lebih berguna dari surat khabar yang baru”
Fikir la sendiri...

“Bukan pengalaman yang menjadikan kita dewasa, tapi ilmu dan pesekitaran yang membuatkan kita berjaya”
Pengalaman hanyalah satu pekara yang telah lama....

“ Selagi kita hidup, selagi itu kita akan samar tentang kehidupan”
kerana selagi kita hidup selagi itu banyak perkara yang perlu kita pelajari..





"Kata seorang aku.." ; p






Monday, April 28, 2008

Iklan sebentar....

undian yang bertajuk :

Anda suka membaca blog bahasa...

keputusanya adalah...

B.M

telah mendapat undian sebanyak 90%!!
TAHNIAH!!



Saturday, April 26, 2008

Syair Si Ratna


Gilang gemilang cahaya permata,

menjadi idaman setiap wanita,

Selendang berwarna menghiasi kepala,

Pemuda mencuba menawan hatinya.


Wajahnya ayu tiada tandingnya,

Hatinya lembut selembut sutera,

Renungan menawan itu senjata,

Merenung si jejaka lebur hatinya.


Hidup di dunia penuh panca roba,

Kekayaan si ratna bukan segala,

Walaupun kaya tiadalah makna,

Kasihnya hilang tiada gantinya.


Datang pemuda memasuki kota,

Bukan la kaya buruk rupanya’

Menjadi hamba sepenuh masa,

Dikeji dicaci menjadi biasa.


Akibat jujur juga soleha,

Allah menolong setiap hambanya,

Ratna bertemu pemuda berkerja,

hatinya jatuh kejujuran pemuda.


Pemuda terpandang ratna jelita,

Kakinya kaku tiada bermaya,

Cinta dan sayang berputik di dada,

Akhirnya si Ratna menjadi miliknya.


Ratna gembira tiada terkata,

Rupanya pemuda raja singgahsana,

Membimbing si Ratna mengenal yang Esa,

Kini Ratna hidup bahagia.




"sila beri tunjuk ajar" ;p



Monday, April 21, 2008

Cerita Seram...


notatasekali: seperti apa yang diceritakan pada aku, dan aku ceritakan pada kamu semua.

Awas!! : Kepada sesiapa yang lemah semangat atau mempunyai masalah jantung mahupun ibu yang sedang mengandung, anda di larang sama sekali membaca entri ini. Kecuaian anda membawa padah!!(sila perbanyakan bacaan ayat-ayat Al-Quran ketika anda membaca entri ini!)

Ini kerana, cerita ini adalah kisah BENAR yang penah terjadi pada seorang guru wanita lingkungan umur 28 tahun di sebuah rumah banglo yang terletak di sebuah daerah negeri selangor pada tahun 1999. Kepada sesiapa yang lemah semangat, anda sekali lagi dinasihatkan supaya tidak membaca entri ini, anda dikuatiri akan dirasuk@histeria kerana cerita ini pernah mengakibatkan hampir seluruh pelajar UTM Skudai meracau pada tahun 1999. Cerita ini juga pernah mengakibatkan seorang guru membunuh diri dengan terjun dari bangunan 4 tingkat setahun selepas itu. Anda juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan bacaan selawat ketika membaca entri ini, terutama jika anda membacanya pada waktu malam sendirian. Anda dilarang sama sekali menegur atau meyapa jika anda terlihat kelibat-kelibat aneh yang melintasi anda ketika anda membaca entri ini. Anda juga diingatkan supaya tidak menoleh jika anda terasa seperti ada orang yang sedang berdiri memerhati dibelakang anda.(jika berlaku, anda dinasihatkan supaya membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berselawat sebanyak-banyaknya.)

Cikgu Asmah, adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di salah sebuah daerah negeri Selangor. Cantik orangnya, kulit sawo matang, muka bujur sirih, matanya kuyu, mempunyai tahi lalat di bawah bibir, dan mempunyai potongan badan yang menarik, lengkap pakej sebagai seorang model, tetapi dia lebih selesa bergelar seorang guru. Walaupun umurnya sudah lewat, tetapi dia masih belum berkahwin lagi, mungkin kerana hatinya masih belum terbuka untuk bersuami. Hari itu dia bersendirian dirumah, rumah banglo yang didudukinya dikongsi bersama beberapa orang guru wanita lain yang juga belum berkahwin. Biasanya rumah itu akan riuh dengan gelak-tawa kawan-kawannya, tetapi tidak pada hari itu. Kawan-kawannya semua telah pulang ke desa kerana cuti pertengahan tahun telah bermula. Jam pada waktu itu baru menunjukan hampir pukul 1 pagi. Bunyi cengkerik yang tadinya galak mula suram-suram kedengaran, mungkin sudah penat untuk mengeselkan kakinya lagi. Yang kini kedengaran Cuma bunyi kipas siling yang laju berputar memecah kebuntuan. Dah memang menjadi kebiasaan Cikgu Asmah tido lewat pada waktu-waktu cuti begini bertujuan untuk menanda kertas-kertas ujian yang diberikan kepada murid-muridnya sebelum cuti bermula. Suasana lewat malam itu benar-benar suram, Cikgu Asmah dapat merasakan satu perbezaan yang luar biasa dari hari-hari sebelum ni, suasana sebegini betul-betul membuatkan dia merasa tidak selesa, perasaannya bercampur-baur. Cuba anda bayangkan, bersendirian di rumah tanpa teman lewat malam sebegitu, tambahan pula rumahnya tidak jauh dari kawasan perkuburan, bermacam-macam yang bermain difikiran Cikgu Asmah, tidak pernah dia merasa perasaan begini. Semasa Cikgu Asmah khusuk menanda kertas jawapan anak-anak muridnya, tiba-tiba saja anjing galak menyalak, bunyi salakan anjing itu sayu seperti ada sesuatu, sedih seperti menagisi seseorang. Cikgu Asmah teringat satu cerita yang pernah diceritakan oleh orang-orang kampung mengenai perempuan yang berpakaian putih, berambut panjang serta berkuku tajam sejak akhir-akhir ini, perempuan itu dikatakan selalu bertenggek di atas pokok besar dan sering terbang melintasi pemandu kenderaan yang melalui jalan raya di pinggir kampung tempat dia mengajar, dikatakan juga makluk itu tidak bermuka!


Cikgu Asmah menjadi cuak. Bayangan perempuan tidak bermuka muncul di mindanya. Dia melihat jam ditangan, waktu itu sudah hampir pukul 2 pagi, dibeleknya pula kertas jawapan yang ditanda, tinggal sikit saja lagi. Jadi dia mengambil keputusan untuk meneruskan menanda dan dia terus tabahkan hatinya. Semasa sedang menanda, Cikgu Asmah merasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya. Dia rasakan orang itu semakin lama semakin hampir dengannya. Tanpa serta-merta bulu romanya tegak berdiri, dia merasakan sesuatu yang aneh. Dia menoleh belakang, tiada apa yang dilihat kecuali katil dan barang-barang. Tiada pun kelibat-kelibat aneh yang dilihat. Dia kembali menanda kertas jawapan, tiba-tiba dia merasakan seperti angin melintasi mukanya. Cikgu Asmah menjadi seram.

“Prang!!”

Bunyi barang pecah di dapurnya, Cikgu Asmah tersentak terkejut. Pelahan-lahan dia bangkit dari duduk dan berjalan menuju ke arah dapur. Dengupan jantung Cikgu Asmah laju. Macam-macam yang dia fikirkan. Dengan berhati-hati Cikgu Asmah melangkah pelahan ke dapur rumahnya, dia terus membuka lampu dapur.

“Aarrrgghhh!!!”

Cikgu Asmah menjerit terkejut! Tiba-tiba kucing kesayangnya berlari melintasi kakinya, Cikgu Asmah kembali tenang. Dia lihat pinggan yang telah pecah betaburan dilantai. “mungkin ini kerja Si Comel”

Agak Cikgu Asmah menenangkan dirinya.

Dalam dia membersihkan sisa-sisa kaca yang pecah, dia terlihat satu bungkusan kecil berwarna putih di atas meja makan, Cikgu Asmah merasa pelik. Dia lihat di bawah bungkusan itu terdapat satu nota,

“Ni magi yang ko pesan –Zila-“

Baru dia teringat yang dia ada memesan supaya membeli megi pagi tadi.

Cikgu Asmah kembali mengemas, dan dia cepat-cepat mahu menyambung kerja menanda di biliknya. Semasa dia berjalan kembali ke bilik, dia dapat rasakan ada sesuatu yang memanggil-manggilnya. Dia menjadi rungsing, dia mencari-cari arah suara itu. Jantungnya kembali berdegup kencang. Dia kembali ke dapur seperti dipukau. Sesampai di dapur, dia mengambil sebungkus megi dan memasaknya, apabila megi masak, dia pun memakannya sehingga habis.

“mee sedap!”

Bisik hati kecilnya. Dia pun menyambung kerjanya seperti biasa.

Seram tak kawan-kawan??

Hahahahahaha....








"kan elok klu baca selawat dan Al-Quran selalu." ;p



Friday, April 18, 2008

Iklan sebentar....

undian yang bertajuk :

Karya Siapakah Yang Paling Anda Minati...

jatuh kepada...



Dato' Doktor A.Samad Said..

telah mendapat undian sebanyak 50%!!
TAHNIAH!!



"aku pun amat meminati beliau sebenarnya." ;)

AKU TANPA CINTA MU + KEHILANGAN

Jika semalam aku berjalan

Cuba mencari siang, cuba mengejar malam

Aku menanti saat datangnya bintang

Untuk menjadi petunjuk dikala aku sendirian

Tapi penantian sering mengecewakan

Dugaan semakin datang menyerang

Aku kebuntuan dalam ketenangan

Mencari-Nya menjadi teman


Aku hanyalah insan yang lemah

Cuba berdiri di atas titian yang sudah lama musnah

Cuba mencari di mana diri ku yang sebenar

Hidup ku seperti tiada makna

Cinta yang ku cari mudah hilang

Mudah meninggalkan ku tanpa sebarang nota

Aku cuba mencari cinta sebenar

Cinta yang kekal selamanya

Hingga di akhirat sana

Cinta yang akan memimpin ku ke alam yang indah

Bukannya dusta


Cinta???

Di mana dia??

Aku cuba mencari

Tapi…

Aku sering tersesat dalam igauan

Semakin aku mencari, semakin jauh Dia pergi

Kenapa???

Kenapa begini??

Cinta datang dan pergi tanpa aku sedari



Ya Allah…

Kenapa aku begini

Mengapa aku masih mencari

Apakah aku hilang kasih sayang Mu??

Apakah aku tidak lagi mendapat rahmat dari Mu??

Ku pohon dari Mu Ya Allah, berikan petunjuk

Berikan aku kekuatan mencari cinta Mu


Ya Allah…

Maafkan lah diri ku

Kekhilafan ku selalu memesongkan pemikiran ku

Berikanlah aku petunjuk Mu

Agar aku peroleh cinta Mu

Agar aku terus setia menyayangi Mu

Aku tahu, tanpa cinta Mu, aku pasti akan binasa

Pasti hanyut dibawa gelombang dunia…



"rase sesuai jugak sajak ni digabungkan" ;)




Thursday, April 17, 2008

Ape ni!?

Ceh....

benda-benda mcm ni la yang paling aku benci...

TAG??

anda tau apa itu TAG?

TAG adalah satu permintaan secara halus yang dikenakan kepada orang-orang tertentu akibat dari makhluk-makhluk perosak yang tidak berperikemanusian...

Apa yang perlu dilakukan jika kita di TAG??

Senang je.. penuhi je permintaan dieorg ni.. dan anda berpeluang untuk mengeTAG orang lain.. Seronok bukan??


aku sebenarnya telah diTAG oleh seekor makhluk perosak ni, Siap la ko!..(dgn nada menggoda!)

TAG tu berbunyi bergini.....



5 bende yg Aku akan buat time Aku tgh heartbroken.

Walaupun soalan ini berunsur jiwang keparat, aku tetap menjawapnye..

Jawapan aku mcm ni :

1.Aku akan memperbanyakan menyanyi lagu-lagu jiwang, terutamanya lagu-lagu keluaran kumpulan NEWBOYZ dan BOBOY.. (Layan Beb!!)

2.Aku akan lepak dengan kawan-kawan seperti biasa dan berpura-pura tiada apa yang berlaku, dengan cari ni aku tak la rase sangat kekecewaan tu..

3.barang-barang aku yang ada kat die aku amik balik, termasuk hadiah-hadiah yang pernah aku bagi kat dia pastu janji akan pulangkan barang-barang dia kemudian.(tp buat bodoh je pas 2..)

4.mula miskol-miskol member-member perempuan lama yang pernah syok kat aku dulu.. ;)

5.hantar sms berunsur makian dan hinaan pada no yang tidak aku kenali..
(Baru paus hati aku!!)



itu la kisahnya....


tak la teruk sangat klu diTAG ni.. biasa je.. Seronok jugak..

Dan seperti yang aku nyatakan sebelum ni, anda juga berpeluang untuk mengTAG orang lain...

oleh itu, saya selaku orang yang telah diTAG ingin menjemput orang-orang yang tersenarai dibawah untuk sama-sama menjawap soalan seperti di atas.
.

Xlaralady
waniz
maPieCeoFarT





"Selamat mencuba dan selamat beramal!!"





Sunday, April 13, 2008

Kehilangan


Aku hanyalah insan yang lemah,
Cuba berdiri di atas tiang yang dah lama musnah,
Cuba mencari dimana diriku yang sebenar,
Hidupku seperti tiada makna.

Cinta yang ku cari mudah hilang,
Mudah meninggalkanku tanpa sebarang nota.

Aku cuba mencari cinta sebenar,
Cinta yang kekal selamanya hingga di akhirat sana,
Cinta yang akan memimpinku ke alam yang indah,
Bukannya dusta.

Maafkanlah diriku,
Kealpaanku selalu memesongkan pemikiranku.

Berikanlah ku pertunjuk-Mu,
Agar aku peroleh cinta-Mu,

Agar aku terus setia menyayangi-Mu.



"selalu berharap menemui cinta 'sejati'." ; )



Wednesday, April 9, 2008

Nekad!!


Kali ni aku nekad. Walau apa pun terjadi aku nak cakap jugak kat dia. Dah lama aku pendam perasaan ini. Tak tertahan lagi  untuk menanggung gelora hatiku yang meronta-ronta minta dibebaskan. Walau dah hampir 3 tahun aku berkawan denganya, tapi aku masih belum ada keberanian lagi untuk meluahkan segala isi hatiku ini padanya. Dan selama itu lah aku memendam rasa. Cuba anda bayangkan setiap hari kami bersama, ke kelas, ke ‘dining’,  ke mana-mana, tiap-tiap masa kami sentiasa berdua. Klu korang semua di tempat aku, aku yakin mesti korang dah luahkan isi hati korang. Bukan aku tak nak luahkan isi hati aku padanya, tapi siapa la aku ni? Anak seorang petani. Dia? Bapa dia seorang Doktor,  mak dia pulak seorang peguam. Aku jadi segan berkawan dengan dia selama ini. sebab itu lah aku terus memendam rasa. Aku takut klu aku luahkan dan dia tak dapat terima, mesti dia tak nak berkawan dengan aku lagi. Aku jadi kecut bila fikirkan pekara-pekara begitu. Lebih-lebih lagi bila fikir dia selalu belanja aku makan time aku tgh ‘sengkek’, poket kosong, dompet berhabuk. Jadi aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dari terus bersuara. Tapi tidak pagi ni. Aku sudah nekad untuk meluahkan segala-galanya pagi ni juga. Aku dah tak mampu lagi menahan.

“Ayu”.

 Ya! Ayu nama dia. Seorang perempuan yang bergaya, peramah, lawa, memang sesuai dengan namanya. Klu nak dibandingkan dengan aku memang jauh berbeza. Tapi salah ke klu aku nak luahkan perasaan aku ni padanya? Aku pun manusia juga yang mempunyai hati dan perasan. Betul jugak kata orang.”Enggang tak sesuai dengan Pipit”. Tapi enggang dgn pipit bukan ke sama? Dari jenis burung jugak? Dari situ aku dapat keberanian untuk bersuara padanya. Seperti biasa, Awal pagi aku akan menunggunya di bus stop dan akan berjalan seiringan ke kelas. Klu korang nak tau, tiap-tiap pagi ni juga lah jiwa aku meronta-ronta memberontak untuk meluahkan isi hati. Kali ni aku betul-betul nekad!

“Azman!! Selamat pagi!!”

Dari jauh ayu mengucapkan selamat pagi pada aku.

Aku hanya mampu tersenyum. Ayu pula membalas senyuman. Molek sungguh senyuman yang terukir di bibir Ayu. Aku jadi serba-salah untuk meluahkan isi hati aku. aku takut senyuman molek tu terus hilang dari bibir Ayu.

“Ah!! Aku dah nekad! Apa pun jadi aku nak bagi tau juga!!”

Bisik hati kecilku. Kali ni aku betul-betul tekad. Aku dah tak mampu lagi menahan.

“Ayu”

Aku memecah kesunyian antara kami berdua.

“ye saya.”

Jawap ayu sopan. Jiwa aku mengeletar. Masih berfikir mahu meluahkan atau tidak.

“tapi aku dah nekad!”

Bisik hati kecilku lagi.

“Ada apa Azman?”

Ayu pelik bila aku tidak bersuara. Aku hanya mampu menahan nafas. Lidah aku kelu. Aku menarik nafas dalam-dalam bila ayu terdiam memandang aku pelik. Aku mengumpul segala kekuatan. Dalam terketar-ketar aku bersuara antara dengar.

“Tadi ayu gosok gigi tak? Busuk la..”

Ayu terdiam sesaat. Tak lama selepas tu dia kembali mengukir senyum dan kami terus berjalan ke kelas.


"Selamat menjamu selera" :)

 

Wednesday, April 2, 2008

SOURCE OF EMOTION


3 & 4 april 2008
Annexe Half
Dataran Menara Sultan Abdul Aziz
UiTM Shah Alam





"Datang la beramai-ramai.." :)

Tuesday, April 1, 2008

Karya suci


Dalam keindahan mencari kedamaian,

Dalam kesayupan mencari ketenangan,

Dalam kesediahan mencari kesabaran,

Dalam kesunyian mencari keimanan.


Selingkar ketandusan mencari keaslian,

Menunjukan sejuta pengilusian,

Menjadi seribu pertanyaan,

Terhasil bermacam jawapan.


Gigih menjamu pelbagai soalan,

Sering mengundang jiwa kekosongan,

Hanya karya mampu bertahan,

Karya suci menjadi pedoman.


Segala persoalan mampu diselesaikan,

Segala masalah mampu ditegah,

Karya suci, karya berzaman,

Menjadi teman hidup aman.



"Pandangan anda?" : )

Cinta 'pertama'



"Nur Syakira".
Aku terpaku, terkejut. tiba-tiba suara yang lembut melintasi gegendang telingaku. Aku rasa seperti di awangan, lagu nyayian Wings ‘Nurnilam sari’ seakan-akan sedang diputarkan. Aku tak sangka, ada juga orang yang nak berkawan dengan aku. Seorang wanita pula tu. Aku Cuma mampu menoleh dan mengukir senyuman.

“Sekurang-kurangnya, ada gak orang yang nak kat aku. Tak macam ko, dah la hodoh, bodoh pulak tu.”

Kalau aku ingat-ingat ayat ni, rasa macam nak sumbat je selipar jepun kat mulut sepupu aku tu. kenyataan yang dia buat betul-betul buat aku hilang pertimbangan. Kalau tak kerana bapak die adik kepada mak tiri adik mak aku, dah lama aku lenyek jadi lempeng. Aloy name die. Kurang ajar sikit mulut dia. Ada ke patut die cakap aku tak ensem, patut ke?? Die tak sedar diri sebenarnye, dah la gigi jonggang, rambut kerinteng, kaki berkudis sebab 2 die suka pakai seluar besar-besar, Hip hop katenye, padahal nak cover kurap keliling kaki. Macam la aku tak tau. Tapi, tu la pasal. Betul gak dia cakap, sejonggang-jonggang die pun, sekurap-kurap die pun ada gak orang yang nak kat die. Aku?? Dari sekolah rendah, sampailah aku dah berada kat Universiti ni, tak penah ada seorang perempuan pun sangkut kat aku. Kadang-kadang aku fikir gak, betul ke aku tak ensem? Mungkin kot. Ye la, aku ni bukan hensem macam Farid kamil, Shah Rukh Khan jauh sekali la. Dah la muka berjerawat, hitam pulak tu. Mungkin sebab tu perempuan tak pandang aku kot. Tapi, bapak aku pun hitam gak, Mak aku suke pulak? Kawen gak bapak aku, kekal sampai sekarang pulak tu. Itu yang buat aku pening. Kalau sebut pasal perempuan je badan mengeletar. Aku truma betul dengan budak perempuan. Teringat lagi peristiwa yang menguji kelakian ku. Ema, budak kampung aku, badan gempal, suka makan ais-krim memanggil-manggil nama aku dari jauh.

“Afizul!! Afizul!! Tunggu, aku ada benda nak bagi kau!!”

Temenggah-menggah minah ni mengejar aku. kat tangannya ada sepucuk surat.

“Apa?”

Jawap aku ringkas.

“Ni ha, surat Liza bagi kau.”

Sambil menghulur sepucuk surat pada aku.

“Surat? Liza?”

Aku terpingga-pingga.

“Ye.. liza.”

Memang melompat lah aku time tu. Liza, sape yang tak kenal? Boleh dikatakan perempuan melayu terakhirlah. Lawa, ayu, dahi licin, lagi lawa dari Siti Nurhaliza lah. Dah lama aku minat kat die, cuma dia je yang tak minat kat aku. Tapi tak sangka pulak dia tulis surat kat aku. Rasa macam mimpi pun ada jugak time tu. Beredar je minah Ema tu, aku terus bukak surat yang dibagi tadi. Wangi sial! Die tabur bedak!! Rase mcm nak berhenti je jantung ni. Nasib baik tak mati. Aku baca isi kandungan surat tu dengan penuh teliti. Surat tu berbunyi bergini:-

Kehadapan Afizul Hakim,

Mula-mula sekali Liza nak ucapkan tahniah sebab berjaya membuka hati liza ini. Sebenarnya dah lama liza perhatikan Afizul, dari kita form 1 lagi, tapi sekarang baru liza berani luahkan isi hati liza kat Afizul. Mata Afizul yang tajam selalu membuatkan jantung Liza berdengup kencang, Kaki Liza kaku, lidah Liza kelu. Hanya Afizul yang berjaya menawan hati Liza, dan hanya Afizul yang dapat mengubati rindu dan masalah Liza ini. Hanya satu yang Liza nak luahkan di sini “I LOVE YOU”.

P/S: jika Afizul sanggup terima cinta Liza, Afizul datang la ke pinggir kali petang ini jam 4 petang. Liza akan menanti Afizul di sana.

Yang benar,

Liza

(Kekasih hatimu)

Peh!! Rasa macam nak menjerit kat situ gak. Ye la, ‘first date’ sape yang tak suke? Balik je sekolah terus aku siap-siap. Habis minyak wangi kakak aku kene kebas. Minyak rambut bapak aku sebotol aku guna. Berkilat rambut aku time tu. Mak aku tanya, aku diam je. Bapak aku tanya, aku jawap nak pegi main bola kat padang. Berdosa tak korang rase? Aku bukan nak menipu, tapi aku segan. Mane taknye, cube korang bayangkan, time tu aku tingkatan 2. mesti dieorg gelak klu aku cakap nak g ‘date’,

“ ‘Sepender’ pun aku yang belikan. Ada hati nak bercinta. Hahahaha..”

Bapak aku selalu kate mcm tu. Mane aku tak malu? Sebab tu aku terpaksa tipu. Aku pandang jam time tu dah pukul 3.30 p.m. Aku bergegas terus turun, semangat gila aku time tu nak jumpa Liza. Aku kayuh basikal terus ke kali. Kali dgn rumah aku tak la jauh mane. Tapi demi sayang dan cinta aku pada liza, aku sanggup menanti awal. Sampai je kat kali aku duduk tepi tembok. Terbayang muka Liza yang comel tu. Jam di tangan dah pukul 4, tapi Liza tak juga sampai. Takpe, aku yakin Liza mesti datang. Aku terbayang saat-saat bahgia aku dgn Liza nanti. Berkejar-kejaran, bergurau-senda, sebijik mcm cerita hindustan. Terlalu indah. Oh... Liza kekasih hati. Mase aku tgh khayal sorang-sorang. Aku dengar satu suara dari belakang.

“Abang Afizul, Liza dah datang bang”

Aku kalu. Liza berada betul-betul di belakang aku. tapi kenapa suaranya sumbang semacam? Aku pelik. Aku toleh ke belakang.

“Sial korang!!”

“hahahahahahahaha!!”

Azman dgn Siduk gelakkan aku. rupanya dieorg komplot kenakan aku. malu gila time tu. Seminggu aku tak pergi sekolah. Budak-budak sekolah aku semua dah tau. Semua sebab Azman dgn Siduk dah sebarkan cerita. Sial betul budak-budak tu. Berbalik semula cerita pasal Nur Shakira, Aku masih lagi terkaku dengan keayuan Nur shakira. Dia senyum, aku pun senyum. Dia berjalan semakin rapat ke arah aku, aku lantas berdiri. Semakin lama semakin rapat, jantung aku makin berdebar-debar. Dia hulur tangan untuk bersalam, aku pun hulur tangan. Dia pandang aku pelik, aku bertambah pelik.

“Eh! Tepi la sikit, aku nak cakap dengan orang belakang ko tu!, yang berdiri tengah-tengah jalan kenape!?”

Aku terus angkat beg, nasib ada bas time tu. Aku terus naik bus tu ke Klang walaupun aku ada kelas di K.L!!!


"Sentiasa berhati-hati" :P

Wednesday, March 19, 2008

AkU TaNpA CiNtA-MU

Jika semalam aku berjalan,

Cuba mencari siang, cuba mengejar malam,

Aku menanti saat datangnya bintang,

Untuk menjadi petunjuk dikala aku sendirian..

Tapi penantian sering mengecewakan,

Dugaan semakin datang meyerang,

Aku kebuntuan dalam ketenangan,

Mencari-NYA menjadi teman..

Cinta???

Dimana dia??

Aku cuba mencari,

Tapi……

Aku sering sesat dalam igauan,

Semakin aku mencari, semakin jauh DIA pergi..

Kenapa????

Kenapa begini??

Cinta datang dan pergi tanpa aku sedari..

Ya-Allah..

Kenapa aku bergini,

Mengapa aku terus mencari..

Apakah aku hilang kasih-sayang MU??

Apakah aku tidak lagi mendapat rahmat darimu,

Ku pohon dari MU Ya-Allah, berikan petunjuk,

Berikan aku kekuatan mencari cinta-MU,

Ya-Allah..

Aku tahu, aku hanya insan yg lemah,

Tanpa cinta-MU, aku pasti akan binasa,

Pasti hanyut dibawa gelombang dunia..



"terima kasih pada ZariniZakariya, tanpanya sajak ini tak mungkin mendapat tempat 'pertama'."

Tuesday, March 18, 2008

Ape!!!





Lelaki - "ape tu?"

Perempuan - "ape?"

Lelaki - "benda tu.."

Perempuan - "mane?"

Lelaki - "tu la!!"

Perempuan - "hah.. mane ada pape?"

Lelaki - "ada.."

Perempuan - "apenye!?"

Lelaki - "ish ko ni.. ada la.."

Perempuan - "ada.. ada.. tapi ape 2?"

Lelaki - "Kalau aku tahu tak la aku tanya ko!"

Perempuan - "jap-jap.... Hah!!"

Lelaki - "ape? ape? ape yang jadi?"

Perempuan - "Bayi!"

Lelaki - "Ape?!"

Perempuan - "aku cakap.. BAYI!!"

Lelaki - " anak sape?!"

Perempuan - "mane la aku tau.."

Lelaki - "ish-ish.. sape la mak bapak budak ni ye..."

Perempuan - "tu la pasal...

Lelaki - "ada ke patut biar anak lepak sorang-sorang kat tong sampah ni.."

Perempuan - "ish3.. tak patut betul.."

Lelaki - "jom.."

Perempuan - "nak ke mane?"

Lelaki - "balik la.."

Perempuan - "bayi tu?"

Lelaki - "biar la die lepak.."

Perempuan - "betul gak.."


"Hanya sekadar simpati dan hanya memerhati" :(









Sunday, March 16, 2008

Sekadar Renungan


Ungkapan Emas :

"Apabila suka bermain dengan kucing, bersedialah menerima cakaran"

"Apabila wang berbicara, kebenaran terdiam!"

"Pena adalah alat yg paling berbahaya. Ia jauh lebih tajam drp pedang dan menyebabkan luka yg lebih dalam drp cemeti @ tongkat rotan!"

"Orang yg tidak mengasah mindanya dgn membaca terlepas banyak peluang keemasan dalam hidup"

"Senyuman adalah bahasa yang boleh difahami oleh semua bangsa di dunia"

"Inpirasi ialah gerak hati yang mendorong daya cipta"

"Hidup tanpa tentangan bagaikan bumi kehilangan matahari"

"Lihatlah diri sendiri seperti orang lain melihat anda"

"Mata yang marah, mengurangkan kecantikan"

"Membenci orang tanpa sebarang sebab seperti membakar rumah sendiri"

"Mata yang terbuka luas menemui kesempatan di mana-mana"

"Tuhan tidak menciptakan mereka yg cacat tanpa seseorang yg akan melindunginya!!"

"Pertimbangkan masak-masak apa yg dapat dan apa yg tidak dapat dipikul oleh bahumu"

"Buku adalah guru yang tidak pernah marah @ pukul kita"

"Wang adalah pancaindera keenam, tanpanya kelima-lima pancaindera anda tidak senang"

"Sesungguhnya keriangan hati itu jauh lebih baik drp segala ubat"




"kejelitaan adalah hak milik setiap insan" - ni pun ungkapan emas ke? ;-p







Titian Usang


Indah sungguh menjadi titian,
tapi Sepanjang manapun titian, pasti ada penghujungnya..
Jika berjalan banyak lobong-lobong yang perlu dilangkah,
perlu dielak agar kita tak jatuh tersungkur..

Titian mana yang dapat bertahan?,
titian mana yang tak dimakan zaman?..
Titian mana yang kekal kebal?,
titian mana yang terus kekal?..

Walau batu sekalipun pembuatanya,
titian tetap akan punah..
Semuanya kerana ombak..
Kalau ombak tak jemu menghempas,
titian pasti akan lemas..

Secantik mana pun titian yang dibina,
se'gah' mana pun titian yang dibuat..
Setinggi mana pun titian yang ditegakkan,
pasti ada kelemahan..

Jika semua orang mengerti apa itu titian,
pasti tiada perbalahan,
pasti dunia akan aman,
kerana titian seolah-olah satu kehidupan..



"kalau ombak tak jemu menghempas, tembok akan pecah juga akhirnya" :p






Saturday, March 15, 2008

'Kerana' Pak Samad

"Tap!!"
Aku tersentap, Pak Samad ketua biro keselamatan kat kampung aku tiba-tiba muncul menghentak meja makan warung Wan Simah, tempat selalu aku dan kawan-kawan melepak.
"Apa ni Pak Samad? tiba-tiba je nak marah-marah? kami bukan kacau anak dara Pak Samad pun."
Sahabatku Akim cuba melawak.
"korang jangan nak loya buruk pulak dengan aku!! Korang ingat aku tak tau??"
"tau ape?"
Serentak kami bersuara tanda pelik.
"hah!! mulut korang sekarang!! hah!!"
Arah Pak Samad pada kami semua supaya menghembuskan nafas padanya.
"Bau rokok!! korang merokokkan?! Dah tau rokok leh bawak penyakit yang g hisap gak wat pe!!"
Pak Samad dapat mengesan perbuatan kami. Aku pandang muka kawan-kawan satu-persatu. Semua tunduk takut. Memang salah kami, bawah umur tapi hisap rokok, pakai baju sekolah pulak tu. Semua senyap. Kalau tadi semua gelak, ceria, gembira, kini semua muka macam 'ayam berak kapur'. Semua takut perbuatan mereka diadu pada ibu bapa mereka.
"Aku balik dulu"
tiba-tiba Madi bersuara, sape yang tak kenal Madi, penakut. berani buat tapi tak berani nak tanggung. Padahal dialah orang yang paling bersemangat sekali kutuk Pak Samad kemarin.
"Alah!! Pak Samad tu, dah tua taknak mampus, Anak dia pun merokok gak, takda pun bapak aku bising, yang dia sebok-sebok nak jaga tepi kain orang nape? lagi pun bapak aku tau la aku merokok"
petah Madi bangga, kalau bapak die tahu die merokok, nape die cuak?
"Ko nak kemane? jangan nak kemana-mana, aku tak habis lagi."
Halang Pak Samad.
"Tadi mak saya 'call' suruh balik."
Madi cuba melepaskan diri. Aku pelik, macam mane mak die nak call? die bukan ada handphone pun. Aku pandang muka kawan-kawan yang lain, semua terkedu-kedu menahan gelak. Aku cuma tersenyum.
"Takpe, nanti biar aku sendiri yang jumpa mak ko tu."
Sindir Pak Samad.
"Ape nak jadi dengan korang ni? kecik-kecik merokok! dah besar nanti nak jadi ape? jadi penagih?"
Nasihat Pak Samad. Memang aku tak dinafikan semua penagih dadah terjebak melalui rokok, tapi tak semua perokok menjadi penagih. sampai sekarang aku tak dapat terima spekulasi sebegini.
"Mak bapak bagi duit suruh korang belajar, bukan membazir beli kejadah haram ni!!"
Pak Samad menjadi berang, dia seolah-olah berbicara dengan tiang-tiang ceracak, Tiada respon.
Apa yang dia cakap seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Mak bapak korang tak ajar ke!!"
Pak Samad melenting.
"Mak bapak- mak bapak, Pak Samad jangan nak main!"
Bentak Usop, kawan aku yang lagi satu. Usop memang panas baran orangnye. Penah ada satu kes, die bergaduh dengan anak ketua kampung disebabkan 'tahi hidung' saja. Pelikkan? tp tu la Usop yang aku kenal, jarang nak mengaku kalah.
"Kalau mak bapak korang ajar, korang tak jadi sampah mcm ni, anjing lagi ikut kate la dari korang ni!!?"
Pak Samad menghina kami. Aku terkejut, tersentak. Tiba-tiba telinga aku menjadi panas, lagi panas dari sinaran matahari yang tengah tegak berdiri tanpa kaki.
"Ni dah kes kurang ajar dah ni!!, kiteorang tau, kiteorang budak-budak lagi, tapi Pak Samad tak boleh hina kami mcm ni!"
Aku pun tak sedar, tiba-tiba je aku bangun dan berkata demikian. Pak Samad merenung aku tajam, Aku duduk balik, langsung aku tak berani pandang muka orang tua tu, semua terdiam takut-takut Pak Samad melenting. Dalam hati, aku menyesal, berdoa-doa agar selamat. Bukan maksud aku nak kurang ajar atau derhaka, tp sebagai orang tua kita tak seharusnya menghina yang muda. Memang salah aku, Aku tak seharusnya melawan cakap, tp ayat yang dikeluarkan Pak Samad betul-betul mengoyah kesabaran aku.
"Aku bukan apa. Aku tak nak korang jd bangsa yang tak guna."
Pak Samad tiba-tiba berlembut. Mungkin tersedar dengan ayat yang aku semburkan tadi.
"Dah la. Korang g balik, Jangan hisap rokok lagi. Lagi sekali aku nampak, aku 'repot' kat mak bapak korang."
Kami mengangguk-angguk kepala tanda faham. Pak Samad pun terus beredar, bergitu juga dengan kami. Dalam perjalanan pulang, aku terfikir, apalah yang jadi kalau mak bapak aku tau aku merokok? mesti diorang lagi kecewa.
"Ala!! biar la, janji pandai cover line. tak kantoi punya."
Kata-kata Ed semasa kami mula-mula belajar rokok dulu.
"Betul jugak, kalau pandai cover, mesti tak kantoi."
Kata hati kecik ku.

"Doktor!!.. Doktor!! Suami saya doktor!!"
Macam ni la keadaan aku sekarang, terlantar kat katil,. kalau dulu aku leh makan ayam, daging, sate, tp sekarang bubur jd santapan harian. Kesian aku pada isteri dan anak-anak aku, semua bergilir-gilir menjaga aku, semua sayangkan aku. Aku menyesal!! klu la aku tau akan jadi mcm ni tak aku lawan kata-kata Pak Samad.



"Hormati yang tua, Sayangi yang muda"