Wednesday, March 19, 2008

AkU TaNpA CiNtA-MU

Jika semalam aku berjalan,

Cuba mencari siang, cuba mengejar malam,

Aku menanti saat datangnya bintang,

Untuk menjadi petunjuk dikala aku sendirian..

Tapi penantian sering mengecewakan,

Dugaan semakin datang meyerang,

Aku kebuntuan dalam ketenangan,

Mencari-NYA menjadi teman..

Cinta???

Dimana dia??

Aku cuba mencari,

Tapi……

Aku sering sesat dalam igauan,

Semakin aku mencari, semakin jauh DIA pergi..

Kenapa????

Kenapa begini??

Cinta datang dan pergi tanpa aku sedari..

Ya-Allah..

Kenapa aku bergini,

Mengapa aku terus mencari..

Apakah aku hilang kasih-sayang MU??

Apakah aku tidak lagi mendapat rahmat darimu,

Ku pohon dari MU Ya-Allah, berikan petunjuk,

Berikan aku kekuatan mencari cinta-MU,

Ya-Allah..

Aku tahu, aku hanya insan yg lemah,

Tanpa cinta-MU, aku pasti akan binasa,

Pasti hanyut dibawa gelombang dunia..



"terima kasih pada ZariniZakariya, tanpanya sajak ini tak mungkin mendapat tempat 'pertama'."

Tuesday, March 18, 2008

Ape!!!





Lelaki - "ape tu?"

Perempuan - "ape?"

Lelaki - "benda tu.."

Perempuan - "mane?"

Lelaki - "tu la!!"

Perempuan - "hah.. mane ada pape?"

Lelaki - "ada.."

Perempuan - "apenye!?"

Lelaki - "ish ko ni.. ada la.."

Perempuan - "ada.. ada.. tapi ape 2?"

Lelaki - "Kalau aku tahu tak la aku tanya ko!"

Perempuan - "jap-jap.... Hah!!"

Lelaki - "ape? ape? ape yang jadi?"

Perempuan - "Bayi!"

Lelaki - "Ape?!"

Perempuan - "aku cakap.. BAYI!!"

Lelaki - " anak sape?!"

Perempuan - "mane la aku tau.."

Lelaki - "ish-ish.. sape la mak bapak budak ni ye..."

Perempuan - "tu la pasal...

Lelaki - "ada ke patut biar anak lepak sorang-sorang kat tong sampah ni.."

Perempuan - "ish3.. tak patut betul.."

Lelaki - "jom.."

Perempuan - "nak ke mane?"

Lelaki - "balik la.."

Perempuan - "bayi tu?"

Lelaki - "biar la die lepak.."

Perempuan - "betul gak.."


"Hanya sekadar simpati dan hanya memerhati" :(









Sunday, March 16, 2008

Sekadar Renungan


Ungkapan Emas :

"Apabila suka bermain dengan kucing, bersedialah menerima cakaran"

"Apabila wang berbicara, kebenaran terdiam!"

"Pena adalah alat yg paling berbahaya. Ia jauh lebih tajam drp pedang dan menyebabkan luka yg lebih dalam drp cemeti @ tongkat rotan!"

"Orang yg tidak mengasah mindanya dgn membaca terlepas banyak peluang keemasan dalam hidup"

"Senyuman adalah bahasa yang boleh difahami oleh semua bangsa di dunia"

"Inpirasi ialah gerak hati yang mendorong daya cipta"

"Hidup tanpa tentangan bagaikan bumi kehilangan matahari"

"Lihatlah diri sendiri seperti orang lain melihat anda"

"Mata yang marah, mengurangkan kecantikan"

"Membenci orang tanpa sebarang sebab seperti membakar rumah sendiri"

"Mata yang terbuka luas menemui kesempatan di mana-mana"

"Tuhan tidak menciptakan mereka yg cacat tanpa seseorang yg akan melindunginya!!"

"Pertimbangkan masak-masak apa yg dapat dan apa yg tidak dapat dipikul oleh bahumu"

"Buku adalah guru yang tidak pernah marah @ pukul kita"

"Wang adalah pancaindera keenam, tanpanya kelima-lima pancaindera anda tidak senang"

"Sesungguhnya keriangan hati itu jauh lebih baik drp segala ubat"




"kejelitaan adalah hak milik setiap insan" - ni pun ungkapan emas ke? ;-p







Titian Usang


Indah sungguh menjadi titian,
tapi Sepanjang manapun titian, pasti ada penghujungnya..
Jika berjalan banyak lobong-lobong yang perlu dilangkah,
perlu dielak agar kita tak jatuh tersungkur..

Titian mana yang dapat bertahan?,
titian mana yang tak dimakan zaman?..
Titian mana yang kekal kebal?,
titian mana yang terus kekal?..

Walau batu sekalipun pembuatanya,
titian tetap akan punah..
Semuanya kerana ombak..
Kalau ombak tak jemu menghempas,
titian pasti akan lemas..

Secantik mana pun titian yang dibina,
se'gah' mana pun titian yang dibuat..
Setinggi mana pun titian yang ditegakkan,
pasti ada kelemahan..

Jika semua orang mengerti apa itu titian,
pasti tiada perbalahan,
pasti dunia akan aman,
kerana titian seolah-olah satu kehidupan..



"kalau ombak tak jemu menghempas, tembok akan pecah juga akhirnya" :p






Saturday, March 15, 2008

'Kerana' Pak Samad

"Tap!!"
Aku tersentap, Pak Samad ketua biro keselamatan kat kampung aku tiba-tiba muncul menghentak meja makan warung Wan Simah, tempat selalu aku dan kawan-kawan melepak.
"Apa ni Pak Samad? tiba-tiba je nak marah-marah? kami bukan kacau anak dara Pak Samad pun."
Sahabatku Akim cuba melawak.
"korang jangan nak loya buruk pulak dengan aku!! Korang ingat aku tak tau??"
"tau ape?"
Serentak kami bersuara tanda pelik.
"hah!! mulut korang sekarang!! hah!!"
Arah Pak Samad pada kami semua supaya menghembuskan nafas padanya.
"Bau rokok!! korang merokokkan?! Dah tau rokok leh bawak penyakit yang g hisap gak wat pe!!"
Pak Samad dapat mengesan perbuatan kami. Aku pandang muka kawan-kawan satu-persatu. Semua tunduk takut. Memang salah kami, bawah umur tapi hisap rokok, pakai baju sekolah pulak tu. Semua senyap. Kalau tadi semua gelak, ceria, gembira, kini semua muka macam 'ayam berak kapur'. Semua takut perbuatan mereka diadu pada ibu bapa mereka.
"Aku balik dulu"
tiba-tiba Madi bersuara, sape yang tak kenal Madi, penakut. berani buat tapi tak berani nak tanggung. Padahal dialah orang yang paling bersemangat sekali kutuk Pak Samad kemarin.
"Alah!! Pak Samad tu, dah tua taknak mampus, Anak dia pun merokok gak, takda pun bapak aku bising, yang dia sebok-sebok nak jaga tepi kain orang nape? lagi pun bapak aku tau la aku merokok"
petah Madi bangga, kalau bapak die tahu die merokok, nape die cuak?
"Ko nak kemane? jangan nak kemana-mana, aku tak habis lagi."
Halang Pak Samad.
"Tadi mak saya 'call' suruh balik."
Madi cuba melepaskan diri. Aku pelik, macam mane mak die nak call? die bukan ada handphone pun. Aku pandang muka kawan-kawan yang lain, semua terkedu-kedu menahan gelak. Aku cuma tersenyum.
"Takpe, nanti biar aku sendiri yang jumpa mak ko tu."
Sindir Pak Samad.
"Ape nak jadi dengan korang ni? kecik-kecik merokok! dah besar nanti nak jadi ape? jadi penagih?"
Nasihat Pak Samad. Memang aku tak dinafikan semua penagih dadah terjebak melalui rokok, tapi tak semua perokok menjadi penagih. sampai sekarang aku tak dapat terima spekulasi sebegini.
"Mak bapak bagi duit suruh korang belajar, bukan membazir beli kejadah haram ni!!"
Pak Samad menjadi berang, dia seolah-olah berbicara dengan tiang-tiang ceracak, Tiada respon.
Apa yang dia cakap seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Mak bapak korang tak ajar ke!!"
Pak Samad melenting.
"Mak bapak- mak bapak, Pak Samad jangan nak main!"
Bentak Usop, kawan aku yang lagi satu. Usop memang panas baran orangnye. Penah ada satu kes, die bergaduh dengan anak ketua kampung disebabkan 'tahi hidung' saja. Pelikkan? tp tu la Usop yang aku kenal, jarang nak mengaku kalah.
"Kalau mak bapak korang ajar, korang tak jadi sampah mcm ni, anjing lagi ikut kate la dari korang ni!!?"
Pak Samad menghina kami. Aku terkejut, tersentak. Tiba-tiba telinga aku menjadi panas, lagi panas dari sinaran matahari yang tengah tegak berdiri tanpa kaki.
"Ni dah kes kurang ajar dah ni!!, kiteorang tau, kiteorang budak-budak lagi, tapi Pak Samad tak boleh hina kami mcm ni!"
Aku pun tak sedar, tiba-tiba je aku bangun dan berkata demikian. Pak Samad merenung aku tajam, Aku duduk balik, langsung aku tak berani pandang muka orang tua tu, semua terdiam takut-takut Pak Samad melenting. Dalam hati, aku menyesal, berdoa-doa agar selamat. Bukan maksud aku nak kurang ajar atau derhaka, tp sebagai orang tua kita tak seharusnya menghina yang muda. Memang salah aku, Aku tak seharusnya melawan cakap, tp ayat yang dikeluarkan Pak Samad betul-betul mengoyah kesabaran aku.
"Aku bukan apa. Aku tak nak korang jd bangsa yang tak guna."
Pak Samad tiba-tiba berlembut. Mungkin tersedar dengan ayat yang aku semburkan tadi.
"Dah la. Korang g balik, Jangan hisap rokok lagi. Lagi sekali aku nampak, aku 'repot' kat mak bapak korang."
Kami mengangguk-angguk kepala tanda faham. Pak Samad pun terus beredar, bergitu juga dengan kami. Dalam perjalanan pulang, aku terfikir, apalah yang jadi kalau mak bapak aku tau aku merokok? mesti diorang lagi kecewa.
"Ala!! biar la, janji pandai cover line. tak kantoi punya."
Kata-kata Ed semasa kami mula-mula belajar rokok dulu.
"Betul jugak, kalau pandai cover, mesti tak kantoi."
Kata hati kecik ku.

"Doktor!!.. Doktor!! Suami saya doktor!!"
Macam ni la keadaan aku sekarang, terlantar kat katil,. kalau dulu aku leh makan ayam, daging, sate, tp sekarang bubur jd santapan harian. Kesian aku pada isteri dan anak-anak aku, semua bergilir-gilir menjaga aku, semua sayangkan aku. Aku menyesal!! klu la aku tau akan jadi mcm ni tak aku lawan kata-kata Pak Samad.



"Hormati yang tua, Sayangi yang muda"

Proud to be Malaysian

Demi negara yang tercinta,
dicurahkan bakti penuh setia,
Demi raja yang disanjung tinggi,
kesetiaan tak berbelah bagi.


Kepada pemimpin, kepada rakyat,
khidmat diberi penuh taat,
Sama bekerja, sama berusaha,
setia berkhidmat untuk semua,


Rela berkorban apa saja.
Amanah bangsa tetap dijaga.
Kami berikrar penuh setia
untuk agama, bangsa dan negara.



Tabik!!! Aku bangga jadi rakyat Malaysia, cube korang ckp, ape yg takda kat Malaysia? semua ada.. Sampai nak cr orang bangla pun x yah g Bangladesh.. Kat Malaysia pun dah melambak2.. Betapa indahnya negara Malaysia ni.. Cuma rakyat malaysia je yg tak penah paham.. Klu nak bercuti mesti nak keluar negara, ape salahnye g Sungai Congkak ke? Pantai Remis ke? Sungai Gabai ke? P.D ke? Wat pe nak bazir, buang duit banyak2 g keluar? Nak kate B*DOH, x pulak.. Belajar tinggi2, lebih menara KLCC, tp otak ciput.. Bonggok, bongkak.. Belajar je tinggi, pastu lompat.. mau x berderai pale otak.. Cube guna otak, dah tau tinggi yg g lompat apasal? Kan ada tangga, guna la.. Ni tak.. Nak ikut gak mat saleh 2.. die terjun, kite pun terjun.. dieorg x pe la, ada superman.. ada gak yg selamatkan.. kita apa ada? Cicakman? Kluangman? haram x boleh arap. Cicak dengan keluang mane leh jd hero? dah name pun binatang perosak, boleh ke 'tikus baiki labu'? Adoi!!



Jadilah rakyat malaysia yg baik.. :-)

Friday, March 14, 2008

Kasih Ibu

"Mak!! bangun mak!!"
Jerit Aizam.
"Zam nak mak.. Zam nak makan dgn mak... zam lapar, kalau mak tak bangun sapa nak suap Zam makan?"
Rintih Aizam..
Zalina kakak Aizam hanya bediri menahan sebak. Dia tahu maknya tidak akan bangun lagi, dia paham apa ertinya 'Mati', tidak seperti Aizam yang tidak mengerti apa-apa lg. Memang umurnya hampir menjangkau 18 tahun, tp pemikiranya masih kebudak-budakan. Demam panas yang dihidapi masa kecil telah menjadikan dia terencat.
"Mak!! Zam rindukan mak!! Mak tak rindukan Zam ke?"
Aizam mengoncang-goncangkan tubuh ibunya itu.
"Hah!! Mak nak main dengan Zam ek? Mak buat-buat tido kan??"
Sambil mengelitik tubuh ibunya.
"Dah la mak, Zam taknak la main lagi, Mak tak gelak pun Zam gelikan mak. Hmmm.. Zam lapar.. Zam nak makan, nak mak suap. Bangun la mak."
Hujah Aizam Manja.
"Dah la dik, meh akak suap."
pujuk Zalina.
"tak mo.. Akak suap tak sedap, nak mak gak!! Mak.. bangun la mak!!"
Tanpa sedar air mata Zalina mengalir pelahan, dia teringat semasa maknya masih hidup. Aizam memang manja dengan maknya. kemana maknya pergi pasti Aizam ada.
"Zam!! Lina!! Meh makan Meh.."
Masih terngiang di telinga, suara maknya memanggil-manggil mereka makan semasa mereka kecil dulu.
"Lina, kalau mak takda, jaga la adik kau ni elok-elok. klu mak takda, mak tak tau apa la jadi kat adik kau ni."
kata maknya sambil menyuapkan nasi kemulut mereka. tiap2 kali makan, itu la perkataan yang maknya akan ucapkan. tapi apa lah yg dipaham oleh seorang budak yang baru berumur 7 - 8 tahun. Lina hanya menganggukkan kepalanya.
"Mak bukan apa, mak risaukan adik kau."
Kini barulah Zalina paham akan maksud maknya itu. Aizam betul-betul perlukan kasih sayang seorang ibu. Baru Zalina paham betapa kuatnya kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya walaupun jauh lagi perjalan hidup yang perlu dilalui.


"I mIss My MoM"

Renungan Mata Hati


Susah la... Dalam dunia ni semua orang nak jd hebat... Semua nak tunjuk kuat.. "orang Melayu, biasa la" ayat biasa bila kita tanya.. Ak bukan ape, pelik dengan bangsa sendiri.. Bila la org kita nak maju.. ari2 same je.. dadah, jenayah, rogol makin menjadi2.. pening ak.. Dunia ni bukan milik perseorangan.. "kan Malaysia ada undang2" dieorg jawap "Undang2 kita leh tendang".. 2 yg rasuah menjadi2 2.. salah sape? ak? ko? die? sape? Dah la... x yah la nak kate org 2 salah, "die yg salah", "ko yg salah".. Semua salah.. Kerajaan?? x leh salahkan dieorg.. dieorg pun banyak kerja.. "ala.. alasan dieorg je 2... tp 1 kerja pun x jalan".. ish.. x elok korang ckp mcm 2.. sebenarnye semua kene berkerjasama.. Cube korang yang jd PM.. x pening pale korang.. nak jg negara, nak majukan negara, nak bertanding lg... Bertanding?? "Abis puluh2 ribu tu" Hah!! tau pun korang, korang sanggup?? Klu ak x sanggup... dah la bayar puluh2 ribu, pastu kalah lak 2.. "Hahahaha!!.." ish, korang ni.. x baik la gelak kan org.. orang nak maju, jangan gelak.. kite kene bg semangat.. baru bangsa melayu terus tak layu!! Jangan ikut sangat budaya kuning 2.. kan banyak lagi budaya.. budaya merah, hitam, merah jambu, kelabu.. kenape kuning gak yang nak d ikut.. pening2..