Monday, April 28, 2008

Iklan sebentar....

undian yang bertajuk :

Anda suka membaca blog bahasa...

keputusanya adalah...

B.M

telah mendapat undian sebanyak 90%!!
TAHNIAH!!



Saturday, April 26, 2008

Syair Si Ratna


Gilang gemilang cahaya permata,

menjadi idaman setiap wanita,

Selendang berwarna menghiasi kepala,

Pemuda mencuba menawan hatinya.


Wajahnya ayu tiada tandingnya,

Hatinya lembut selembut sutera,

Renungan menawan itu senjata,

Merenung si jejaka lebur hatinya.


Hidup di dunia penuh panca roba,

Kekayaan si ratna bukan segala,

Walaupun kaya tiadalah makna,

Kasihnya hilang tiada gantinya.


Datang pemuda memasuki kota,

Bukan la kaya buruk rupanya’

Menjadi hamba sepenuh masa,

Dikeji dicaci menjadi biasa.


Akibat jujur juga soleha,

Allah menolong setiap hambanya,

Ratna bertemu pemuda berkerja,

hatinya jatuh kejujuran pemuda.


Pemuda terpandang ratna jelita,

Kakinya kaku tiada bermaya,

Cinta dan sayang berputik di dada,

Akhirnya si Ratna menjadi miliknya.


Ratna gembira tiada terkata,

Rupanya pemuda raja singgahsana,

Membimbing si Ratna mengenal yang Esa,

Kini Ratna hidup bahagia.




"sila beri tunjuk ajar" ;p



Monday, April 21, 2008

Cerita Seram...


notatasekali: seperti apa yang diceritakan pada aku, dan aku ceritakan pada kamu semua.

Awas!! : Kepada sesiapa yang lemah semangat atau mempunyai masalah jantung mahupun ibu yang sedang mengandung, anda di larang sama sekali membaca entri ini. Kecuaian anda membawa padah!!(sila perbanyakan bacaan ayat-ayat Al-Quran ketika anda membaca entri ini!)

Ini kerana, cerita ini adalah kisah BENAR yang penah terjadi pada seorang guru wanita lingkungan umur 28 tahun di sebuah rumah banglo yang terletak di sebuah daerah negeri selangor pada tahun 1999. Kepada sesiapa yang lemah semangat, anda sekali lagi dinasihatkan supaya tidak membaca entri ini, anda dikuatiri akan dirasuk@histeria kerana cerita ini pernah mengakibatkan hampir seluruh pelajar UTM Skudai meracau pada tahun 1999. Cerita ini juga pernah mengakibatkan seorang guru membunuh diri dengan terjun dari bangunan 4 tingkat setahun selepas itu. Anda juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan bacaan selawat ketika membaca entri ini, terutama jika anda membacanya pada waktu malam sendirian. Anda dilarang sama sekali menegur atau meyapa jika anda terlihat kelibat-kelibat aneh yang melintasi anda ketika anda membaca entri ini. Anda juga diingatkan supaya tidak menoleh jika anda terasa seperti ada orang yang sedang berdiri memerhati dibelakang anda.(jika berlaku, anda dinasihatkan supaya membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berselawat sebanyak-banyaknya.)

Cikgu Asmah, adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di salah sebuah daerah negeri Selangor. Cantik orangnya, kulit sawo matang, muka bujur sirih, matanya kuyu, mempunyai tahi lalat di bawah bibir, dan mempunyai potongan badan yang menarik, lengkap pakej sebagai seorang model, tetapi dia lebih selesa bergelar seorang guru. Walaupun umurnya sudah lewat, tetapi dia masih belum berkahwin lagi, mungkin kerana hatinya masih belum terbuka untuk bersuami. Hari itu dia bersendirian dirumah, rumah banglo yang didudukinya dikongsi bersama beberapa orang guru wanita lain yang juga belum berkahwin. Biasanya rumah itu akan riuh dengan gelak-tawa kawan-kawannya, tetapi tidak pada hari itu. Kawan-kawannya semua telah pulang ke desa kerana cuti pertengahan tahun telah bermula. Jam pada waktu itu baru menunjukan hampir pukul 1 pagi. Bunyi cengkerik yang tadinya galak mula suram-suram kedengaran, mungkin sudah penat untuk mengeselkan kakinya lagi. Yang kini kedengaran Cuma bunyi kipas siling yang laju berputar memecah kebuntuan. Dah memang menjadi kebiasaan Cikgu Asmah tido lewat pada waktu-waktu cuti begini bertujuan untuk menanda kertas-kertas ujian yang diberikan kepada murid-muridnya sebelum cuti bermula. Suasana lewat malam itu benar-benar suram, Cikgu Asmah dapat merasakan satu perbezaan yang luar biasa dari hari-hari sebelum ni, suasana sebegini betul-betul membuatkan dia merasa tidak selesa, perasaannya bercampur-baur. Cuba anda bayangkan, bersendirian di rumah tanpa teman lewat malam sebegitu, tambahan pula rumahnya tidak jauh dari kawasan perkuburan, bermacam-macam yang bermain difikiran Cikgu Asmah, tidak pernah dia merasa perasaan begini. Semasa Cikgu Asmah khusuk menanda kertas jawapan anak-anak muridnya, tiba-tiba saja anjing galak menyalak, bunyi salakan anjing itu sayu seperti ada sesuatu, sedih seperti menagisi seseorang. Cikgu Asmah teringat satu cerita yang pernah diceritakan oleh orang-orang kampung mengenai perempuan yang berpakaian putih, berambut panjang serta berkuku tajam sejak akhir-akhir ini, perempuan itu dikatakan selalu bertenggek di atas pokok besar dan sering terbang melintasi pemandu kenderaan yang melalui jalan raya di pinggir kampung tempat dia mengajar, dikatakan juga makluk itu tidak bermuka!


Cikgu Asmah menjadi cuak. Bayangan perempuan tidak bermuka muncul di mindanya. Dia melihat jam ditangan, waktu itu sudah hampir pukul 2 pagi, dibeleknya pula kertas jawapan yang ditanda, tinggal sikit saja lagi. Jadi dia mengambil keputusan untuk meneruskan menanda dan dia terus tabahkan hatinya. Semasa sedang menanda, Cikgu Asmah merasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya. Dia rasakan orang itu semakin lama semakin hampir dengannya. Tanpa serta-merta bulu romanya tegak berdiri, dia merasakan sesuatu yang aneh. Dia menoleh belakang, tiada apa yang dilihat kecuali katil dan barang-barang. Tiada pun kelibat-kelibat aneh yang dilihat. Dia kembali menanda kertas jawapan, tiba-tiba dia merasakan seperti angin melintasi mukanya. Cikgu Asmah menjadi seram.

“Prang!!”

Bunyi barang pecah di dapurnya, Cikgu Asmah tersentak terkejut. Pelahan-lahan dia bangkit dari duduk dan berjalan menuju ke arah dapur. Dengupan jantung Cikgu Asmah laju. Macam-macam yang dia fikirkan. Dengan berhati-hati Cikgu Asmah melangkah pelahan ke dapur rumahnya, dia terus membuka lampu dapur.

“Aarrrgghhh!!!”

Cikgu Asmah menjerit terkejut! Tiba-tiba kucing kesayangnya berlari melintasi kakinya, Cikgu Asmah kembali tenang. Dia lihat pinggan yang telah pecah betaburan dilantai. “mungkin ini kerja Si Comel”

Agak Cikgu Asmah menenangkan dirinya.

Dalam dia membersihkan sisa-sisa kaca yang pecah, dia terlihat satu bungkusan kecil berwarna putih di atas meja makan, Cikgu Asmah merasa pelik. Dia lihat di bawah bungkusan itu terdapat satu nota,

“Ni magi yang ko pesan –Zila-“

Baru dia teringat yang dia ada memesan supaya membeli megi pagi tadi.

Cikgu Asmah kembali mengemas, dan dia cepat-cepat mahu menyambung kerja menanda di biliknya. Semasa dia berjalan kembali ke bilik, dia dapat rasakan ada sesuatu yang memanggil-manggilnya. Dia menjadi rungsing, dia mencari-cari arah suara itu. Jantungnya kembali berdegup kencang. Dia kembali ke dapur seperti dipukau. Sesampai di dapur, dia mengambil sebungkus megi dan memasaknya, apabila megi masak, dia pun memakannya sehingga habis.

“mee sedap!”

Bisik hati kecilnya. Dia pun menyambung kerjanya seperti biasa.

Seram tak kawan-kawan??

Hahahahahaha....








"kan elok klu baca selawat dan Al-Quran selalu." ;p



Friday, April 18, 2008

Iklan sebentar....

undian yang bertajuk :

Karya Siapakah Yang Paling Anda Minati...

jatuh kepada...



Dato' Doktor A.Samad Said..

telah mendapat undian sebanyak 50%!!
TAHNIAH!!



"aku pun amat meminati beliau sebenarnya." ;)

AKU TANPA CINTA MU + KEHILANGAN

Jika semalam aku berjalan

Cuba mencari siang, cuba mengejar malam

Aku menanti saat datangnya bintang

Untuk menjadi petunjuk dikala aku sendirian

Tapi penantian sering mengecewakan

Dugaan semakin datang menyerang

Aku kebuntuan dalam ketenangan

Mencari-Nya menjadi teman


Aku hanyalah insan yang lemah

Cuba berdiri di atas titian yang sudah lama musnah

Cuba mencari di mana diri ku yang sebenar

Hidup ku seperti tiada makna

Cinta yang ku cari mudah hilang

Mudah meninggalkan ku tanpa sebarang nota

Aku cuba mencari cinta sebenar

Cinta yang kekal selamanya

Hingga di akhirat sana

Cinta yang akan memimpin ku ke alam yang indah

Bukannya dusta


Cinta???

Di mana dia??

Aku cuba mencari

Tapi…

Aku sering tersesat dalam igauan

Semakin aku mencari, semakin jauh Dia pergi

Kenapa???

Kenapa begini??

Cinta datang dan pergi tanpa aku sedari



Ya Allah…

Kenapa aku begini

Mengapa aku masih mencari

Apakah aku hilang kasih sayang Mu??

Apakah aku tidak lagi mendapat rahmat dari Mu??

Ku pohon dari Mu Ya Allah, berikan petunjuk

Berikan aku kekuatan mencari cinta Mu


Ya Allah…

Maafkan lah diri ku

Kekhilafan ku selalu memesongkan pemikiran ku

Berikanlah aku petunjuk Mu

Agar aku peroleh cinta Mu

Agar aku terus setia menyayangi Mu

Aku tahu, tanpa cinta Mu, aku pasti akan binasa

Pasti hanyut dibawa gelombang dunia…



"rase sesuai jugak sajak ni digabungkan" ;)




Thursday, April 17, 2008

Ape ni!?

Ceh....

benda-benda mcm ni la yang paling aku benci...

TAG??

anda tau apa itu TAG?

TAG adalah satu permintaan secara halus yang dikenakan kepada orang-orang tertentu akibat dari makhluk-makhluk perosak yang tidak berperikemanusian...

Apa yang perlu dilakukan jika kita di TAG??

Senang je.. penuhi je permintaan dieorg ni.. dan anda berpeluang untuk mengeTAG orang lain.. Seronok bukan??


aku sebenarnya telah diTAG oleh seekor makhluk perosak ni, Siap la ko!..(dgn nada menggoda!)

TAG tu berbunyi bergini.....



5 bende yg Aku akan buat time Aku tgh heartbroken.

Walaupun soalan ini berunsur jiwang keparat, aku tetap menjawapnye..

Jawapan aku mcm ni :

1.Aku akan memperbanyakan menyanyi lagu-lagu jiwang, terutamanya lagu-lagu keluaran kumpulan NEWBOYZ dan BOBOY.. (Layan Beb!!)

2.Aku akan lepak dengan kawan-kawan seperti biasa dan berpura-pura tiada apa yang berlaku, dengan cari ni aku tak la rase sangat kekecewaan tu..

3.barang-barang aku yang ada kat die aku amik balik, termasuk hadiah-hadiah yang pernah aku bagi kat dia pastu janji akan pulangkan barang-barang dia kemudian.(tp buat bodoh je pas 2..)

4.mula miskol-miskol member-member perempuan lama yang pernah syok kat aku dulu.. ;)

5.hantar sms berunsur makian dan hinaan pada no yang tidak aku kenali..
(Baru paus hati aku!!)



itu la kisahnya....


tak la teruk sangat klu diTAG ni.. biasa je.. Seronok jugak..

Dan seperti yang aku nyatakan sebelum ni, anda juga berpeluang untuk mengTAG orang lain...

oleh itu, saya selaku orang yang telah diTAG ingin menjemput orang-orang yang tersenarai dibawah untuk sama-sama menjawap soalan seperti di atas.
.

Xlaralady
waniz
maPieCeoFarT





"Selamat mencuba dan selamat beramal!!"





Sunday, April 13, 2008

Kehilangan


Aku hanyalah insan yang lemah,
Cuba berdiri di atas tiang yang dah lama musnah,
Cuba mencari dimana diriku yang sebenar,
Hidupku seperti tiada makna.

Cinta yang ku cari mudah hilang,
Mudah meninggalkanku tanpa sebarang nota.

Aku cuba mencari cinta sebenar,
Cinta yang kekal selamanya hingga di akhirat sana,
Cinta yang akan memimpinku ke alam yang indah,
Bukannya dusta.

Maafkanlah diriku,
Kealpaanku selalu memesongkan pemikiranku.

Berikanlah ku pertunjuk-Mu,
Agar aku peroleh cinta-Mu,

Agar aku terus setia menyayangi-Mu.



"selalu berharap menemui cinta 'sejati'." ; )



Wednesday, April 9, 2008

Nekad!!


Kali ni aku nekad. Walau apa pun terjadi aku nak cakap jugak kat dia. Dah lama aku pendam perasaan ini. Tak tertahan lagi  untuk menanggung gelora hatiku yang meronta-ronta minta dibebaskan. Walau dah hampir 3 tahun aku berkawan denganya, tapi aku masih belum ada keberanian lagi untuk meluahkan segala isi hatiku ini padanya. Dan selama itu lah aku memendam rasa. Cuba anda bayangkan setiap hari kami bersama, ke kelas, ke ‘dining’,  ke mana-mana, tiap-tiap masa kami sentiasa berdua. Klu korang semua di tempat aku, aku yakin mesti korang dah luahkan isi hati korang. Bukan aku tak nak luahkan isi hati aku padanya, tapi siapa la aku ni? Anak seorang petani. Dia? Bapa dia seorang Doktor,  mak dia pulak seorang peguam. Aku jadi segan berkawan dengan dia selama ini. sebab itu lah aku terus memendam rasa. Aku takut klu aku luahkan dan dia tak dapat terima, mesti dia tak nak berkawan dengan aku lagi. Aku jadi kecut bila fikirkan pekara-pekara begitu. Lebih-lebih lagi bila fikir dia selalu belanja aku makan time aku tgh ‘sengkek’, poket kosong, dompet berhabuk. Jadi aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dari terus bersuara. Tapi tidak pagi ni. Aku sudah nekad untuk meluahkan segala-galanya pagi ni juga. Aku dah tak mampu lagi menahan.

“Ayu”.

 Ya! Ayu nama dia. Seorang perempuan yang bergaya, peramah, lawa, memang sesuai dengan namanya. Klu nak dibandingkan dengan aku memang jauh berbeza. Tapi salah ke klu aku nak luahkan perasaan aku ni padanya? Aku pun manusia juga yang mempunyai hati dan perasan. Betul jugak kata orang.”Enggang tak sesuai dengan Pipit”. Tapi enggang dgn pipit bukan ke sama? Dari jenis burung jugak? Dari situ aku dapat keberanian untuk bersuara padanya. Seperti biasa, Awal pagi aku akan menunggunya di bus stop dan akan berjalan seiringan ke kelas. Klu korang nak tau, tiap-tiap pagi ni juga lah jiwa aku meronta-ronta memberontak untuk meluahkan isi hati. Kali ni aku betul-betul nekad!

“Azman!! Selamat pagi!!”

Dari jauh ayu mengucapkan selamat pagi pada aku.

Aku hanya mampu tersenyum. Ayu pula membalas senyuman. Molek sungguh senyuman yang terukir di bibir Ayu. Aku jadi serba-salah untuk meluahkan isi hati aku. aku takut senyuman molek tu terus hilang dari bibir Ayu.

“Ah!! Aku dah nekad! Apa pun jadi aku nak bagi tau juga!!”

Bisik hati kecilku. Kali ni aku betul-betul tekad. Aku dah tak mampu lagi menahan.

“Ayu”

Aku memecah kesunyian antara kami berdua.

“ye saya.”

Jawap ayu sopan. Jiwa aku mengeletar. Masih berfikir mahu meluahkan atau tidak.

“tapi aku dah nekad!”

Bisik hati kecilku lagi.

“Ada apa Azman?”

Ayu pelik bila aku tidak bersuara. Aku hanya mampu menahan nafas. Lidah aku kelu. Aku menarik nafas dalam-dalam bila ayu terdiam memandang aku pelik. Aku mengumpul segala kekuatan. Dalam terketar-ketar aku bersuara antara dengar.

“Tadi ayu gosok gigi tak? Busuk la..”

Ayu terdiam sesaat. Tak lama selepas tu dia kembali mengukir senyum dan kami terus berjalan ke kelas.


"Selamat menjamu selera" :)

 

Wednesday, April 2, 2008

SOURCE OF EMOTION


3 & 4 april 2008
Annexe Half
Dataran Menara Sultan Abdul Aziz
UiTM Shah Alam





"Datang la beramai-ramai.." :)

Tuesday, April 1, 2008

Karya suci


Dalam keindahan mencari kedamaian,

Dalam kesayupan mencari ketenangan,

Dalam kesediahan mencari kesabaran,

Dalam kesunyian mencari keimanan.


Selingkar ketandusan mencari keaslian,

Menunjukan sejuta pengilusian,

Menjadi seribu pertanyaan,

Terhasil bermacam jawapan.


Gigih menjamu pelbagai soalan,

Sering mengundang jiwa kekosongan,

Hanya karya mampu bertahan,

Karya suci menjadi pedoman.


Segala persoalan mampu diselesaikan,

Segala masalah mampu ditegah,

Karya suci, karya berzaman,

Menjadi teman hidup aman.



"Pandangan anda?" : )

Cinta 'pertama'



"Nur Syakira".
Aku terpaku, terkejut. tiba-tiba suara yang lembut melintasi gegendang telingaku. Aku rasa seperti di awangan, lagu nyayian Wings ‘Nurnilam sari’ seakan-akan sedang diputarkan. Aku tak sangka, ada juga orang yang nak berkawan dengan aku. Seorang wanita pula tu. Aku Cuma mampu menoleh dan mengukir senyuman.

“Sekurang-kurangnya, ada gak orang yang nak kat aku. Tak macam ko, dah la hodoh, bodoh pulak tu.”

Kalau aku ingat-ingat ayat ni, rasa macam nak sumbat je selipar jepun kat mulut sepupu aku tu. kenyataan yang dia buat betul-betul buat aku hilang pertimbangan. Kalau tak kerana bapak die adik kepada mak tiri adik mak aku, dah lama aku lenyek jadi lempeng. Aloy name die. Kurang ajar sikit mulut dia. Ada ke patut die cakap aku tak ensem, patut ke?? Die tak sedar diri sebenarnye, dah la gigi jonggang, rambut kerinteng, kaki berkudis sebab 2 die suka pakai seluar besar-besar, Hip hop katenye, padahal nak cover kurap keliling kaki. Macam la aku tak tau. Tapi, tu la pasal. Betul gak dia cakap, sejonggang-jonggang die pun, sekurap-kurap die pun ada gak orang yang nak kat die. Aku?? Dari sekolah rendah, sampailah aku dah berada kat Universiti ni, tak penah ada seorang perempuan pun sangkut kat aku. Kadang-kadang aku fikir gak, betul ke aku tak ensem? Mungkin kot. Ye la, aku ni bukan hensem macam Farid kamil, Shah Rukh Khan jauh sekali la. Dah la muka berjerawat, hitam pulak tu. Mungkin sebab tu perempuan tak pandang aku kot. Tapi, bapak aku pun hitam gak, Mak aku suke pulak? Kawen gak bapak aku, kekal sampai sekarang pulak tu. Itu yang buat aku pening. Kalau sebut pasal perempuan je badan mengeletar. Aku truma betul dengan budak perempuan. Teringat lagi peristiwa yang menguji kelakian ku. Ema, budak kampung aku, badan gempal, suka makan ais-krim memanggil-manggil nama aku dari jauh.

“Afizul!! Afizul!! Tunggu, aku ada benda nak bagi kau!!”

Temenggah-menggah minah ni mengejar aku. kat tangannya ada sepucuk surat.

“Apa?”

Jawap aku ringkas.

“Ni ha, surat Liza bagi kau.”

Sambil menghulur sepucuk surat pada aku.

“Surat? Liza?”

Aku terpingga-pingga.

“Ye.. liza.”

Memang melompat lah aku time tu. Liza, sape yang tak kenal? Boleh dikatakan perempuan melayu terakhirlah. Lawa, ayu, dahi licin, lagi lawa dari Siti Nurhaliza lah. Dah lama aku minat kat die, cuma dia je yang tak minat kat aku. Tapi tak sangka pulak dia tulis surat kat aku. Rasa macam mimpi pun ada jugak time tu. Beredar je minah Ema tu, aku terus bukak surat yang dibagi tadi. Wangi sial! Die tabur bedak!! Rase mcm nak berhenti je jantung ni. Nasib baik tak mati. Aku baca isi kandungan surat tu dengan penuh teliti. Surat tu berbunyi bergini:-

Kehadapan Afizul Hakim,

Mula-mula sekali Liza nak ucapkan tahniah sebab berjaya membuka hati liza ini. Sebenarnya dah lama liza perhatikan Afizul, dari kita form 1 lagi, tapi sekarang baru liza berani luahkan isi hati liza kat Afizul. Mata Afizul yang tajam selalu membuatkan jantung Liza berdengup kencang, Kaki Liza kaku, lidah Liza kelu. Hanya Afizul yang berjaya menawan hati Liza, dan hanya Afizul yang dapat mengubati rindu dan masalah Liza ini. Hanya satu yang Liza nak luahkan di sini “I LOVE YOU”.

P/S: jika Afizul sanggup terima cinta Liza, Afizul datang la ke pinggir kali petang ini jam 4 petang. Liza akan menanti Afizul di sana.

Yang benar,

Liza

(Kekasih hatimu)

Peh!! Rasa macam nak menjerit kat situ gak. Ye la, ‘first date’ sape yang tak suke? Balik je sekolah terus aku siap-siap. Habis minyak wangi kakak aku kene kebas. Minyak rambut bapak aku sebotol aku guna. Berkilat rambut aku time tu. Mak aku tanya, aku diam je. Bapak aku tanya, aku jawap nak pegi main bola kat padang. Berdosa tak korang rase? Aku bukan nak menipu, tapi aku segan. Mane taknye, cube korang bayangkan, time tu aku tingkatan 2. mesti dieorg gelak klu aku cakap nak g ‘date’,

“ ‘Sepender’ pun aku yang belikan. Ada hati nak bercinta. Hahahaha..”

Bapak aku selalu kate mcm tu. Mane aku tak malu? Sebab tu aku terpaksa tipu. Aku pandang jam time tu dah pukul 3.30 p.m. Aku bergegas terus turun, semangat gila aku time tu nak jumpa Liza. Aku kayuh basikal terus ke kali. Kali dgn rumah aku tak la jauh mane. Tapi demi sayang dan cinta aku pada liza, aku sanggup menanti awal. Sampai je kat kali aku duduk tepi tembok. Terbayang muka Liza yang comel tu. Jam di tangan dah pukul 4, tapi Liza tak juga sampai. Takpe, aku yakin Liza mesti datang. Aku terbayang saat-saat bahgia aku dgn Liza nanti. Berkejar-kejaran, bergurau-senda, sebijik mcm cerita hindustan. Terlalu indah. Oh... Liza kekasih hati. Mase aku tgh khayal sorang-sorang. Aku dengar satu suara dari belakang.

“Abang Afizul, Liza dah datang bang”

Aku kalu. Liza berada betul-betul di belakang aku. tapi kenapa suaranya sumbang semacam? Aku pelik. Aku toleh ke belakang.

“Sial korang!!”

“hahahahahahahaha!!”

Azman dgn Siduk gelakkan aku. rupanya dieorg komplot kenakan aku. malu gila time tu. Seminggu aku tak pergi sekolah. Budak-budak sekolah aku semua dah tau. Semua sebab Azman dgn Siduk dah sebarkan cerita. Sial betul budak-budak tu. Berbalik semula cerita pasal Nur Shakira, Aku masih lagi terkaku dengan keayuan Nur shakira. Dia senyum, aku pun senyum. Dia berjalan semakin rapat ke arah aku, aku lantas berdiri. Semakin lama semakin rapat, jantung aku makin berdebar-debar. Dia hulur tangan untuk bersalam, aku pun hulur tangan. Dia pandang aku pelik, aku bertambah pelik.

“Eh! Tepi la sikit, aku nak cakap dengan orang belakang ko tu!, yang berdiri tengah-tengah jalan kenape!?”

Aku terus angkat beg, nasib ada bas time tu. Aku terus naik bus tu ke Klang walaupun aku ada kelas di K.L!!!


"Sentiasa berhati-hati" :P